Assalamualaikum w.b.t, Alhamdulllilah, syukur kepada Allah kerana masih memberikan kita peluang untuk menikmati nikmat-nikmatNya yang cukup sempurna,cukup memenuhi keperluan hamba-hambaNya..di sini saya ingin berkongsi sepotong ayat…~ayat 11 surah Al-Kahfi. Disampaikan melalui lidah insan mulia itu, nabi Muhammad S.A.W.
"Maka Kami tutup telinga mereka di dalam gua itu selama beberapa tahun (bertahun-tahun yang banyak bilangannya.)" Surah al-Kahf, 18: 11
Ayat ini merujuk kepada pemuda-pemuda yang tidur di dalam gua selama lebih dari 300 tahun. Dan cukup mengejutkan bahawa didalam ayat ini tidak merujuk kepada keupayaan fizikal yang lain melainkan pendengaran. Sekarang para saintis telah mendapati bahawa tidak seperti organ deria lain, hanya telinga organ yang aktif semasa tidur. Atas alasan inilah orang boleh terbangun dari tidur oleh jam loceng. Oleh kerana Allah ingin pemuda-pemuda ini tidur untuk waktu yang lama, kerana itu Dia "menutup" deria pendengaran pemuda-pemuda ini.
huu..^^
Bukankah kita mengetahui baginda Nabi muhammad S.A.W itu seorang yang buta huruf..??Dan kita sedia maklum bahawa baginda tidak pandai membaca, dan baginda tidak pandai menulis. Dan yang lebih penting~ Baginda Rasulullah S.A.W bukanlah seorang saintis. Dan sekarang cuba nilaikan, apakah Nabi Muhammad itu seorang pendusta? Dan bagaimana mungkin penemuan abad ini sudah diselongkar 1400 tahun yang lalu oleh seorang yang diketahui buta huruf?
insya Allah, jawapan itu mampu kita cari jika kita ikhlaskan hati mencarinya..
Nabi Muhammad S.A.W insan yang benar.. Tidak ada kata dusta lahir dari lidah beliau. yang bersifat benar itu tidak menipu.. dan tidak akan berdusta. jika dikatakan bahawa nantinya ada azab kubur dan akhirat, maka aku percaya. Hanya dia insan yang tidak berdusta.
Jadi insya Allah, sama2 baiki diri.. Lihat, sejauh mana kita telah melangkah..sejauh mana kita berlari.. mari duduk bersama, kembali mempertajamkan rasa.. mengerakkan minda. insya Allah, kebaikannya bersama.
sekian. salam~
subhanallah...
ReplyDeleteinila entry yang sy tunggu2...
saya amat2 berbesar hati utk share perkongsian ini...
sy suka sangat2 kisah ni,byk pengajaran yg terkndung di dlmnya...
trima ksih atas entry yg amat menarik perhatian utk dibaca ini...:)
MasyaAllah...1perkongsian yang sangat menarik..Jangan biarkan hari berlalu tanpa diisi dengan hikmah Al-Quran, ambil dan resapi hingga kelubuk hati, amalkan dan sebarkannya...
ReplyDeleteinsyAllah..mari kta brsma2 mningktkn amal ibadat kta..=)
ReplyDeleteAl-Quran sbgi panduan hidup kita :)
ReplyDelete“Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya-lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya”.
ReplyDeletesharing is caring...SubhanAllah..marilah kita sama2 membaca, memahami dan mengamalkan ayat suci Al-Quran..
ReplyDeleteJangan biarkan hari berlalu tanpa diisi dengan hikmah Al-Quran, ambil dan resapi hingga kelubuk hati, amalkan dan sebarkannya...
ReplyDeletesama2 kita mnghyati segala yg trkndung dlm Al-Quran utk mngktkn keimanan dan ketaQwaan kita padaNYA..trima kasih ats perkongsianny:)
ReplyDeletesubhanallah..bsar sungguh kuasa Tuhan..
ReplyDeletea very good information! sama2 lah kita mempertingkatkan amal kita semoga kita sentiasa berada dalam rahmatnya :)
ReplyDeleteterima kasih ustazah umeey..
ReplyDeletesemoga Allah merahmati kita..
amalkan dan hayati quran sebagai panduan hidup..
sama-samalah kita menghayati mukjizat dari Allah ini...
mukjizal Allah sangat istimewa..
ReplyDeletequran merupakan mukjizat Allah yg syumul..
menjadi panduan hidup manusia dan menjadi bukti kerasulan nabi kita yakni rasulullah s.a.w..
rasulullah pesuruh Allah..subhanallah..
kisah ashabul kahfi ini telah membuatkan saya berfikir lantas mengkagumi kuasa Allah s.w.t...subhanallah maha suci Allah yang mencipta dan menakluki seluruh alam ini...sama-samalah kita menghayatinya...
ReplyDeleteAllah telah mencipta alam ini...latas mengutus rasul-rasulnya untuk memimpin umat manusia untuk beriman kepadanya..Allah juga telah menurunkan quran untuk menjadi panduan hidup manusia..hanya kita sahaja yang kadang-kadang lalai dengan suruhan dan perintahnya...nauzubillah...semoga kita dalam rahmat dan redha Allah s.w.t...AMIIN..
ReplyDeletesurah al-kahf mempunyai kisahnya yang tersendiri..amatlah rugi jika kita seorang muslim tidak pernah mendengar atau mengetahui perihal kisah 7 orang sahabat yang utuh imanya,amat mentaati tuhan mereka(ALLAH S.W.T)..pendengaran mereka ditutup,maka tidurlah mereka selama 300 tahun sekaligus melepaskan mereka dari raja yang zalim..raja yang tidak beriman dengan Allah s.w.t..marilah kita menhayati kekuasaan Allah s.w.t...insyAllah...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete"Maka Kami tutup telinga mereka di dalam gua itu selama beberapa tahun (bertahun-tahun yang banyak bilangannya.)" Surah al-Kahf, 18: 11
ReplyDeletebenar..apakah rasulullah itu seorang ahli sihir atau pendusta??sedangkan rasulullah adalah seorang yang buta huruf...penemuan sains telah membuktikan bahawa rasulullah bukanlah seorang pendusta seperti yang dituduh oleh orang-orang Quraisy pada zaman jahiliyyah dahulu,tetapi baginda adalah seorang rasul utusan Allah yang telah diberi amanah untuk memimpin umat manusia seluruh alam..subhanallah..renungkanlah..