Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan NIAT, dan sesungguhnya bagi setiap insan, (amalannya bergantung) kepada apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya sekadar untuk keduniaan yang dia ingin mencapainya atau sekadar wanita yang dia ingin kahwini maka penghijrahannya menuju kepada apa yang dia niatkan bila dia berhijrah kepadanya.
JAGALAH HATI:
"Berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak bernilai walau sedebu pun, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas.
Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut. Daging itu ialah HATI.
"Soal hati bukan hanya penting di peringkat awal perubahan tetapi ia perlu terus dijaga sepanjang usaha manusia untuk menjadi individu yang baik dan mampu memberi kebaikan."