Allah s.w.t itu Maha Penyayang..Maha Pengasih kepada hambaNya..telah Dia turunkan kitab suciNya kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. sebagai panduan untuk kita melayari bahtera kehidupan.Al-Quran Al-Karim merupakan kitab suci yang mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan.
Selalunya kita suka baca majalah,baca komik,baca blog gosip,baca surat khabar...dapat info la..kononnya..tapi kita lupa yang Allah dah bagi 1 kitab yang di dalamnya terkandung segala-galanya. Nak gosip?..bacalah Quran sebab dalam tue ada banyak kisah-kisah Nabi,wanita-wanita terpilih yang disebut dalam Quran..Nak info?..bacalah Quran sebab dalam tue ada banyak info yang kita belum tau lagi atau mungkin kita tak pernah tau pOn..Ni yang nak share cket ni apa yang 'kite' tau..=)
- Al-Quran adalah mukjizat yang agung yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kekasihNya, Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran ialah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, mukjizat dari segi lafaz dan makna, diturunkan kepada kita secara mutawatir, di tulis dalam mushaf dimulai dengan Surah Al-fatihah dan diakhiri dengan Surah An-nas dan membacanya adalah ibadat...terdiri daripada 114 surah dalam 30 juz.
- Cakap pasal ibadat ni..x sia-sia kalau kita luangkan masa cket tuk baca Quran..kita x rugi pOn..malah kita dapat pahala berlipat ganda.
dari Ibnu Mas'ud:"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah s.w.t. (Al-Quran) maka baginya pahala satu HASANAH (satu kebajikan) dan satu HASANAHitu berganda sepuluh. Tidak aku katakan ALIF-LAAAM-MIIIM adalah satu huruf, melainkan ALIF satu huruf, LAAAM satu huruf dan MIIIM satu huruf."
Kan btOl??..jadi apalah sangat kalau setiap hari kita baca 1 page Quran lepas solat..dah dapat berapa pahala erk??..kirala k..'kite' x pandai sangat ilmu hisab ni...
- Setiap ayat atau surah yang kita baca pOn ada fadhilat yang tersendiri,contohnya:
-Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.
-Sesiapa yang memelihara sembahyang fardhu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.
-Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.
Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:
-Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.
-Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menimpa dirinya.
-Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: ” Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk”
- Memang xrugi kan kalau kita baca Quran..free2 jer Allah s.w.t bagi bonus tuk hamba-hambaNya..lagi2 kita ni umat Islam..bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai seorang Islam..tapi biarlah kita ni Islam yang tau Islam dan memanfaatkan Islam..Al-Quran adalah kitab kita, So xkan kita x kenal dan x tau kitab kita sendiri kan...malu la kat Al-Kafirun kan...??
KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibu bapanya.
Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.
Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.
Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa mengajarkan kepada anaknya satu ayat Al-Quran maka hal itu lebih baik baginya daripada ibadah selama seribu tahun, (iaitu) berpuasa disiang hari dan solat dimalam hari selama seribu tahun dan lebih baik baginya daripada seribu dinar yang ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin."
So,.oleh yang demikian,..kesimpulannya....sama-samalah kita berpesan-pesan kepada kebenaran...share2 kan la ilmu yang x seberapa ni ngan kawan2..moga kita sama2 dapat mengambil pengajaran dari apa yang di ceritakan tadi....walaupOn kita ni xlah baek sangat tapi sekurang2nya kita tau baca Quran dan kita kenal apa tue Quran xlah sia-sia hidup kita yang bergelar Islam..Dunia hanya persinggahan..Akhirat teratak kekal abadi..
"LETAKKAN DUNIA DI BAWAH DAGU KAMU..
LETAKKAN AKHIRAT DI HADAPAN MATA KAMU"
*silalah baca & komen k..TQ*